Pantai



Pepasir halus putih itu berlari di celah jemari kaki. 
Angin gemalai menyapa muka. 
Ombak yang memukul pantai, sesekali membelai kaki sambil memainkan melodi memujuk agar tanpa segan-silu berenang bersama. 
Nun di ufuk, laut bertemu langit. 
Matahari mencium bumi. 
Di balik selimut biru bumi itu, aneka corak hidupan marin riang berkelana. 
Dari sehalus plankton hingga sebesar paus.

Comments

Fikiran lalu