Erti menjadi seorang manusia dari Frank Sinatra

"For what is a man, what has he got
If not himself, then he has not
To say the thing he truly feels
But not the words of one who kneels
The record shows I took the blows
And did it my way"
- My Way, Frank Sinatra


Apakah ertinya hidup tanpa benar-benar mengekspresikan jiwa dengan sepenuhnya? Apakah ertinya hidup sebagai manusia yang punya keupayaan untuk berfikir tentang bukan sahaja mengenai dunia di sekeliling kita, bahkan juga dunia di dalam minda dan diri masing-masing?

Dan tidak takut untuk menyatakan tentang benar dan salah walaupun akan ditentang, dikecam dan dipersendakan hanya kerana berlainan dengan norma masyarakat, masa dan zaman. Asalkan mempercayai segala luahan dan tindakan itu adalah apa yang diri sendiri telah fikirkan berdasarkan segala pencarian, penemuan dan pembuktian. Berbeza dengan yang lain; tidak mahu berfikir dan mempersiakan kebolehan untuk kritis dan kritikal. Di akhirnya, taqlid, mengikut buta tuli.

Biarlah aku dicerca hanya kerana berpegang pada apa yang aku percaya daripada menjadi bebiri mengikut sahaja tanpa soal bicara.
Biarlah aku dipanah ketika berdiri daripada melutut dengan kata-kata penuh kepalsuan.


Comments

Fikiran lalu