2017


Selamat tahun baru buat pembaca-pembaca blog ini. Berdasarkan jumlah view yang aku nampak, percaya atau tidak, ya ada juga yang membaca kahkah. Apa-apa pun, terima kasih kerana sudi membaca segala macam persoalan minda, perkongsian dari pembacaan dan beberapa puisi aku. Terima kasih.

Tiada apa yang aku harapkan. Aku tak pernah pasang apa-apa azam bila tiba tahun baru. Cukup sekadar aku terus melakukan apa yang membuatkan aku bahagia; belajar benda baru, bertemu orang yang boleh ajar aku benda baru, mencari diri sendiri dan membuatkan dunia ini, khususnya Malaysia, jadi lebih baik.

Tahun 2016 banyak mengajar aku pasal kebahagiaan dan kekecewaan dalam persahabatan, bagaimana untuk terus teguh percaya yang kau perjuangkan dan erti solidariti. Pengajaran yang paling aku akan ingat sampai ke tua adalah pasal kekecewaan dalam persahabatan itu. Tak apa, aku pun dah move on. Mungkin aku juga ada salahnya. 

Ada satu projek yang aku sedang terlibat sekarang ini dan mungkin akan mula berlangsung pada tengah bulan Januari. Atau paling lambat pun pertengahan bulan Februari. Aku tak berani nak cerita lebih, sebab poster rasmi pun belum keluar. Akan dikongsikan, tunggu.

2017, bring it on!

Comments

Anonymous said…
cepatle share bro....buat saspen je... hahahhhha

Fikiran lalu