Hidup di kota


Lajunya hidup di kota kini
Sedikitnya Kancil banyaknya Lamborghini
Motosikal dan lori ke sana ke mari
Yang berjalan dan berbasikal tidaknya dipeduli
Untuk ke pejabat memperhambakan diri

Sempitnya hidup di kota raya
Tibanya malam baru jumpa si ibu ayah
Tidak sempat mencerita gusar dan resah
Apatah pula kasih untuk dicurah
Tiada lagi syurga di rumah

Kelabunya hidup di kota mekar
Hutan batu tumbuh tinggi meliar
Hutan hijau makin terabai terbiar
Mana lagi padang untuk ku bersiar
Mana lagi pepohon untuk ku bersandar

Indahnya hidup di kota manisan
Segala onar bisa ku tahan
Demi mengisi sesuap makanan
Baik di perut mahupun fikiran
Kerana di sinilah aku berteman
Kerana di sinilah aku bertuhan


Sharir Shazni
3 Mei 2016

Comments

Fikiran lalu