Terbanglah kamu

Terbang mencapai segala di langit
Membingit memecah sunyi
Sunyi dari suara memberontak
Yang Berotak memikir gelora
Sang Penglipur Lara yang enak
Lunak mengalunkan irama
Kononnya kata-kata Maha Esa
Yang kau tidak perlu berotak
Yang kau hanya perlu ikut patuh tunduk
Apatah pula untuk berontak
Yang hanya nanti kau dicampak
Ke lembah lautan api menggelegak

Begitulah ia menjadi sunyi
Yang Berotak hilang ruang berbunyi
Namun dunia ini tiada yang kekal
Isinya mahupun ruang masa asal
Akan timbul jua suara segar
Tegar mempersoal Sang Penglipur Lara
Mengapa begitu mengapa begini
Aku dikatakan menipu walhal kau yang berakal mati
Namun tidak kau jawab
Gagap gugup mengangkat Kitab
Lalu dikhabarnya aku melawan Ya Rab

Bukan Tuhan yang aku lawan
Yang aku lawan Sang Pelipur Lara berlagak Tuhan
Walhal sekadar insan
Ayuh teman
Hidupkanlah fikiran kamu
Temukanlah dikau kompas diri
Sendiri mencari panduan hidupmu
Moga kau sertai kami
Membingit pecahkan sunyi
Terbang mencapai segala di langit.


Muzik latar:
Beethoven 7th Symphony 2nd Movement


Comments

Fikiran lalu