Insan, alam, masa dan dia


Masa,
Sungai kosmik mengalir ke cabangan
Yang merasai kesedihan, kejatuhan dan kematian
Yang merasai kebahagiaan, kebangkitan dan kehidupan.

Masa,
Pokok subur segala buah kelahiran
Aturan bingkai memori di ruang tayangan
Paparan hidup segala hidupan.

Masa,
Tali alam yang bergetaran
Gulungan filem pemancar wayang
Terfikir di hati, hayatnya satu sifar
Mungkin juga, roda yang berputar.

Masa,
Adakah ia bergerak dengan sendiri
Atau ia turut sama digerakkan
Oleh satu kuasa yang lebih berkuasa
Yang punya kuasa untuk menoleh simpati
Yang punya kuasa untuk menoleh benci?

Masa,
Insan fikir dia adalah hamba masa
Rutinnya hidup lelah mengejar masa
Hakikat akhirnya nyata
Insan dan masa adalah hambanya.

Comments

Fikiran lalu