"Yang dah ketagih tu, berubahlah"

"Yang dah ketagih tu, berubahlah. Taubat pada Allah"

Ayat terakhir pada satu post page FB. Dari pemerhatian, aku berhipotesis bahawa masyarakat masih belum cukup memahami akan masalah ketagihan. Mungkin apa yang mereka faham pun, hanyalah ketagihan pada penyalahgunaan ubat, dadah atau cecair semata-mata.

Tapi hakikatnya, ia boleh jadi lebih dari itu. Kelakuan juga boleh mendorong kepada masalah ketagihan. Dan untuk membuangnya tidak seperti kita membuang satu tabiat buruk.

Sebabnya masalah ketagihan akan melibatkan psikologi dan fisiologi seseorang itu. Apabila kita membicarakan perihal fisiologi, ia melibatkan intervensi secara biologi. Kadang-kala perlunya pengambilan ubat untuk mengubati ketagihan itu. Bukan semata-mata bertaubat kembali kepada Tuhan sahaja.

Dan ia juga perlukan sokongan dari masyarakat sekeliling. Kawan, keluarga, jiran-jiran perlu main peranan. Keterlibatan kau dalam 'mengubah' masyarakat bukan setakat dengan berkata-kata "hey berubahlah, taubat".

Bukan apa, tidak salah hendak menggunakan agama dalam menegur, tetapi ia akan mengundang masalah lain. Ibarat pada zaman dahulu kala, sakit itu ada kaitan dengan kemasukan makhluk halus. Walhal demam sahaja. Sama juga halnya dalam perkara ini. Seseorang itu berkelakuan buruk, bukan kerana dia jahat atau sengaja hendak membuat dosa. 

Lagi satu; apa yang membuatkan kau fikir dia sembah Tuhan yang sama dengan kau?

Sekadar dua sen aku.

Comments

Fikiran lalu