Pencarian

Aku sekarang dalam pengembaraan. Pengembaraan mencari ideologi mana yang sesuai dengan aku; sosialisme atau liberalisme. Untuk menjadi sosialis atau libertarian?

Aku tanya kawan aku, dengan diri aku yang betul-betul sangat kosong atau ‘noob’ ini, boleh atau tidak untuk aku membaca terus Das Kapital tulisan Karl Marx.

Beliau kata, susah. Beliau pun mampu baca dua muka surat sahaja. Sebabnya Karl Marx menyampaikan poin-poin hujahnya itu berdasarkan konteks sosial di zamannya. Jadi agak sukar untuk kita cuba kait dan fahamkan apa yang cuba disampaikan oleh Marx. Beliau cadangkan untuk membaca tulisan dan ulasan tokoh sosialis pada era yang lebih moden.

Pada masa yang sama beliau ada juga ceritakan tokoh-tokoh libertarian.

Aku macam suka akan pasaran bebas. Tetapi aku juga suka akan konsep solidariti. Entahlah.

Aku ini harus bagaimana?

Comments

Fikiran lalu