Pembacaan | Bilangan pelajar yang optimum dalam kelas

Daripada buku
David & Goliath: Underdog, Misfits and the Art of Battling Giants.
Bab 2: Teresa DeBritto.

Dalam bab yang kedua ini Gladwell membincangkan adakah terdapatnya kesan kepada prestasi pelajar jika bilangan pelajar dalam satu-satu kelas dapat dikurangkan. Beliau menemuramah Teresa DeBritto, seorang guru besar dari sekolah Shepaug Valley Middle School, yang terletak di Connecticut, USA.

Umumnya bila kita membicarakan hubungkait antara bilangan para pelajar dalam kelas dan prestasi pelajar, kita akan terus mengatakan semakin kurang bilangan pelajar maka semakin meningkat prestasi mereka. Ini kerana kita beranggapan bahawa guru akan lebih senang dan punya lebih masa untuk menumpukan perhatian pada satu-satu pelajar.

Tetapi menurut Gladwell, ia tidak semestinya akan berlaku seperti itu.

Beliau memetik beberapa kajian dan soal selidik mengenai hal ini. Dan didapati tiada perubahan yang ketara pada prestasi pelajar apabila bilangan pelajar-pelajar kurang daripada biasa.

Dengan merujuk pada model graf 'inverted-U', bilangan para pelajar dalam sesebuah kelas yang semakin mengurang hanya akan memberi kesan yang sama buruk dengan bilangan para pelajar yang terlalu ramai.


Dengan bilangan total pelajar yang sedikit, ia boleh membuatkan seseorang pelajar itu lebih terasing. Sebabnya setiap anak itu akan sentiasa mencari rakan yang sama dengannya. Bayangkan anda adalah seorang pelajar yang agak lemah dalam memahami sesuatu topik, anda akan terlebih dahulu mencari rakan yang punya masalah yang sama, untuk mengetahui sama ada subjek itu memang susah atau diri anda sendiri yang susah untuk faham. Tetapi jika anda berada dalam kelas yang kekurangan bilangan pelajar, kebarangkalian anda untuk melakukan perkara ini akan jadi lebih sukar.

Sesebuah kelas itu juga, menurut Gladwell, akan jadi tidak vibrant. Ini kerana diskusi yang menghasilkan pelbagai idea dan perspektif sangat minima. Agak sukar untuk mempunyai pandangan yang pelbagai dengan bilangan yang kecil. Memetik komen Teresa DeBritto, "The more students you have, the more variety you can have in those discussions. If it's too small with kids this age, it's like they have a muzzle on"

Teresa mengatakan anak-anak yang masih dalam fasa peralihan dari kanak-kanak ke remaja ini, saiz kelas yang kecil tidak akan membantu mereka dalam membentuk pemikiran mereka. Malah ia lebih membantutkan. "They are awkward and self-conscious and anxious about seeming too smart".

Kelas yang ramai akan menggalakkan lebih banyak interaksi sesama anak-anak itu. Mereka akan lebih banyak bertukar-tukar idea sesama mereka. Kadang-kala pembelajaran itu bukan semata-mata dari guru sahaja.

Kemungkinan permasalahan ini timbul kerana kita seringkali memikirkan anak-anak ini perlu bersaing sesama mereka untuk mendapatkan perhatian guru. Walhal mereka boleh sahaja bersatu menjadi satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama.

"My largest class was 29 kids. Oh it was fun" - Teresa DeBritto.

Comments

Fikiran lalu