"Bila nak kahwin?"

Sebelum itu ingin aku nyatakan, aku tidak kisah langsung apabila ada orang bertanyakan soalan di atas kepada aku. Sebabnya aku sendiri memang tak akan dan tak nak berkahwin pun dalam masa terdekat ini. Jadi, aku tidak akan tertekan berhadapan dengan soalan itu.

Tetapi aku punya masalah, punya rasa tidak senang; jika aku dengar soalan itu ditujukan kepada rakan-rakan perempuan aku. Dengan keadaan pemikiran masyarakat Malaysia ini, tidak kiralah Melayu, Tiong Hua, Hakka, Telegu, Punjabi, Banjar; mereka semua ini masih berfikir wanita tidak patut 'memulakan' dahulu. Wanita perlu menjaga adab. Jika begitulah corak fikiran yang masih mereka anuti, kenapa ditanyakan soalan "bila nak kahwin" pada mereka pula?

Nanti apabila wanita yang memulakan langkah dalam mencari pasangan, dikatakan pula wanita itu terhegeh-hegeh, tak tahu mula, tak ada maruah, dan segala macam lagi.

Lagi satu; adakah kahwin ini matlamat maha besar dalam kehidupan? Adakah untuk mendapatkan kunci syurga itu, perlu punya pasangan hidup? Ada suami/isteri, baru boleh ke syurga?

Dan lagi satu; tidak pernahkah mereka terfikir yang kadang-kala, ada insan yang tidak seperti mereka. Tidak punya nafsu seksual atau tidak punya perasaan untuk berkasih mesra. Aseksual atau aromantik. 

Empati. Empati perlu ada dalam diri.


Comments

Fikiran lalu