Coretan Jalan Panggong 5 April

Nota: Aku bukan kru Dapur Jalanan. Sekadar seorang manusia kudus mencari peluang untuk bekerja secara sukarela.

Ahad, 5 April 2015.

Ini adalah kali keempat bersama Dapur Jalanan. Seperti biasa, aku akan bersama kumpulan 'pengurusan sisa buangan'. Kumpulan ini terbahagi pula kepada dua; yang mengumpul sisa dan yang membasuh pinggan dan sudu yang digunakan oleh warga yang datang makan. Bahan buangan ini pula bermacam. Sama ada sisa makanan atau sampah yang boleh dikitar atau tidak. Apa yang dimaklumkan pada aku sebelum ini, sisa makanan itu akan dihantar kepada Universiti Malaya untuk dijadikan bahan kompos. 

Selalunya Dr Maszlee Malik (kadang-kala panggil ustaz saja, pensyarah dari UIA) akan turun sama, tapi hari ini tidak pula. Kata ustazah (isteri beliau) esok banyak benda yang 'due date'. Apa-apa pun, kerja diteruskan macam biasa. Aku, Syah (yang lebih lama dalam kerja ini) dan Umair (pelajar program foundation dari UIA PJ) bersedia, tunggu mana-mana orang yang akan hulur pinggan sudu kotor. Sisa makanan diasingkan, pinggan sudu kumpul lalu dihantar pada ustazah dan krunya untuk dicuci. Terima kasih pada tokey Restoran Hainan Malaya yang membekalkan sumber air untuk basuhan.

Menu hari ini nasi putih dan kari ayam, kentang sikit-sikit. Aku dimaklumkan, kru Dapur akan masak di tempat lain dulu, iaitu di Kelab Bangsar Utama. Dan yang bagusnya, mereka takkan menggunakan bekas pakai buang, seperti polisterin. Jadi dari situ sudah boleh mengurangkan sampah.

Syukur hari ini cuaca baik-baik saja. Tak hujan macam minggu lepas. Agak lebat pula tu. Kelam-kabut berteduh bawah kaki lima rumah kedai. Agak mencabar, tapi itu hanyalah perkara kecil. Tak kira apa pun, ujian akan datang dari Dia, tak gitu?

Dalam pukul 7 petang begitu, tapak dah mula kosong. Seperti biasa Pak Wan, selaku ketua, akan membuat post-mortem. Kalau ada sesiapa yang nak memberi idea baru, kongsi apa-apa yang berlaku sepanjang aktiviti; adalah pada sesi ini.

Semasa aku nak ke arah kereta aku yang diparkir tak jauh dari situ, aku terperasan satu kedai kopitiam ini. Namanya amat unik, Kopitiam Ali, Muthu & Ah Hock. Aku jenguk ke dalam sekejap, rekaan dalaman kedai ini pun agak menarik. Memang kopitiam yang old school. Michael, kawan aku, kata nasi lemak dia sedap. Akan aku singgah nanti, pekena nasi lemak itu.



Aku kongsikan gambar ini di Facebook dan Instagram. Ada seorang kawan kata, tertarik dengan nama kedai ini. Aku setuju dengan beliau. Itulah 'benda' yang rakyat Malaysia perlukan sekarang. Ali, Muthu & Ah Hock, senyum bersama-sama sebagai 'satu'.

Depress sebentar, LoL. Tapi jangan putus harapan. Sekali-kali jangan. Selagi kau punya nyawa, ya kau, selagi itu harapan untuk Malaysia masih ada. Hashtag harapan masih ada.

Comments

Fikiran lalu